Hidupku terasa sunyi tanpamu,
Bagiku engkaulah segalanya buatku,
Kucurahkan segala isi hatiku padamu,
Walaupun aku tahu ia sukar bagiku.
Demi cinta dan sayangku padamu,
Aku rela menunggumu,
Walau badai melanda jiwaku,
Aku tetap dengan cintaku padamu.
Jangan berikan padanya sekiranya dia tidak mencintaimu
Kerana engkau akan menyesal sekiranya engkau mengetahui bahawa engkau hanya bertepuk sebelah tangan.
Jangan sesekali mencurigai pasanganmu tanpa bukti
Kerana akan menimbulkan banyak masalah terhadap dirimu dan akan menjejaskan hubunganmu.
Jangan tertipu dengan kata-kata manisnya
Kerana setiap yang diucapkannya akan meracuni fikiran dan jiwamu dan memerangkap dirimu sendiri.
Jangan sesekali berbohong kepadanya
Kerana sekaili engkau berbuat demikian dia sukar untuk mempercayaimu lagi walaupun engkau bercakap benar.
Jangan sesekali biarkan pasanganmu sedih keseorangan
Kerana dia memerlukan seseorang yang disayangi dan dipercayai untuk berkongsi ceritanya walaupun ianya sukar bagimu.
Tulus ikhlas Daripada
aRaMaiTi @ M@n